suria

Amerika Syarikat Desak Peralihan Demokrasi Di Mesir

WASHINGTON: Pentadbiran Obama menyuarakan sokongan kepada penduduk Mesir yang mahukan peralihan kuasa yang cepat dan lancar selepas kejatuhan Presiden Hosni Mubarak awal tahun ini.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Rumah Putih berkata, Amerika Syarikat (AS) akan terus bersama penduduk Mesir dalam usaha membangunkan demokrasi yang akan termaktub sebagai sejarah hebat Mesir.

Kenyataan tersebut dikeluarkan pada Jumaat, semasa penunjuk perasaan yang menyertai demonstrasi di Dataran Tahir, Kaherah menyatakan mereka tidak akan berganjak sehingga pemerintahan tentera berundur dan memulangkan pemerintahan kepada kuasa awam.

Selain itu, kenyataan itu juga menyebut, AS sangat percaya bahawa kerajaan baru Mesir mestilah memberikan kuasa kepada pihak berkuasa dengan segera.

Turut dinyatakan ialah pihak Washington mengutuk penggunaan kekerasan yang keterlaluan terhadap penunjuk-penunjuk perasaan terbabit. - AP

Artikel Lain