suria

Gempa Melanda Pulau Hokkaido

TOKYO: Satu gegaran kuat bermagnitut 6.1 pada Skala Richter telah menggegar pulau Hokkaido di Utara Jepun pada lewat petang Khamis.

Gempa bumi tersebut dicatatkan berlaku pada jam 7.25 petang tadi, kata Jabatan Meteorologikal Jepun.

Ia dikesan berlaku 30 kilometer di dasar laut di selatan pulau Hokkaido.

Sebelum itu, jabatan berkenaan telah mengesan gegaran berskala 5.9 magnitut melanda kawasan berhampiran.

Ia dikesan berlaku pada jam 4.24 pagi di kedalaman 37 kilometer di bawah laut, 64 kilometer dari Iwaki dan 112 kilometer dari Sendai iaitu salah satu kawasan yang teruk dilanda gempa bumi Mac lalu mengakibatkan 20,000 terbunuh atau disahkan hilang.

Gempa bumi Mac lalu berukuran 9 magnitut pada Skala Richter iaitu yang terbesar dan terburuk dalam sejarah moden Jepun.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain