suria

India Siasat Punca Keretapi Terbakar

PATNA: Pasukan forensik India menjalankan siasatan bagi mencari punca kebakaran keretapi yang mengorbankan tujuh penumpang, termasuk seorang penyelidik warga Australia.

Kebakaran itu berlaku pada awal pagi Selasa, semasa keretapi itu dalam perjalanan dari Kolkata ke bandar utara India, Dehradun di negeri Jharkhand.

Jurutera keretapi berjaya menanggalkan dua gerabak yang dimakan api, tetapi tidak dapat menyelamatkan tujuh penumpang yang maut kerana lemas atau terbakar.

Antara yang maut adalah kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dan wanita Australia berusia 21 tahun yang sedang menggembara bersama tiga lagi rakannya yang terselamat.

Pada Rabu, Ketua Menteri Jharkhand, Arjun Munda menyampaikan ucapan takziah dan menyatakan kebimbangannya terhadap kemalangan membabitkan keretapi di India.

Beliau turut mendesak pihak berkuasa untuk meningkatkan langkah-langkah keselamatan.

Kemalangan keretapi adalah sesuatu yang biasa di India yang merupakan pengangkutan utama dengan 14 juta penumpang setiap hari.

Kebanyakan kemalangan dan kebakaran yang berlaku berpunca daripada kesilapan manusia atau disebabkan oleh penyelenggaraan yang kurang baik. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

3,000 Polis Australia Adakan Protes

Artikel Lain