Tiga Penuntut Amerika Ditemubual Di Kaherah

INDIANAPOLIS: Jurucakap bagi Universiti Amerika di Kaherah memberitahu, tiga penuntut mereka yang ditahan dalam protes di bandar tersebut telah ditemubual oleh pihak pendakwaan.

Morgan Roth berkata, ketiga-tiga penuntut terbabit sepatutnya ditemubual pada Selasa, dengan kehadiran pihak universiti dan wakil kedutaan Amerika Syarikat.

Beliau menyangkakan temubual tersebut dibatalkan, namun kemudiannya mendapat tahu bahawa ia tetap dijalankan dengan kehadiran pegawai kedutaan.

Penuntut terbabit ditahan di Kaherah sejak malam Isnin.

Seorang pegawai Mesir memberitahu, penuntut terbabit ditahan di bumbung unversiti kerana melemparkan bom api ke arah anggota keselamatan yang sedang bertempur dengan penunjuk perasaan di Dataran Tahrir.

Pegawai tersebut enggan dinamakan kerana tiada kebenaran dikeluarkan untuk bercakap dengan media. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain