suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jumlah Kematian Kebakaran Rumah Jagaan Meningkat Kepada 7

SYDNEY: Seorang lelaki berusia 82 tahun menjadi korban terbaru dalam kejadian kebakaran di rumah jagaan, menjadikan jumlah kematian setakat ini kepada tujuh orang.

Pihak polis mengesahkan mangsa, Caesar Galea meninggal dunia di hospital pada Isnin.

Kira-kira 10 warga emas masih dirawat di hospital pada Isnin kerana mengalami luka terbakar dan terhidu asap dalam kejadian yang berlaku Jumaat lalu.

Kebakaran tersebut dilaporkan dilakukan oleh jururawat lelaki yang bertugas di rumah jagaan itu, Roger Dean.

Roger, 35, telah didakwa atas beberapa tuduhan membunuh.

Beratu-ratus anggota bomba, polis dan paramedik dikejarkan ke rumah jagaan orang tua Quakers Hill di banda raya ini dalam kejadian tersebut.

Tiga daripada mangsa tersebut dilaporkan mati di tempat kejadian. - AP

Artikel Sebelum

Wartawan Turki Dibicarakan

Artikel Berikut

Artikel Lain