suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gloria Macapagal Arroyo Ditahan Sementara Di Hospital

MANILA: Mahkamah Filipina pada Isnin, membenarkan bekas Presiden negara itu, Gloria Macapagal Arroyo ditahan untuk sementara waktu di hospital selepas dituduh melakukan penipuan.

Terdapat bantahan daripada aktivis berhaluan kiri yang menuntut agar Arroyo yang berusia 64 tahun ditahan di penjara, sama seperti suspek-suspek kes yang lain.

Sebuah sel yang dilengkapi dengan ruang tamu dan sebuah dapur kecil telah disediakan untuk Arroyo di ibu pejabat polis.

Presiden Benigno Aquino berkata, pihaknya tidak menentang penahanan di hospital dan telah mengarahkan supaya Arroyo dilayan dengan rasa hormat.

Peguam Arroyo, Ferdinand Topacio mendakwa, tindakan kerajaan membuat pertuduhan terhadap anak guamnya dengan tergesa-gesa adalah kerana mahu memastikan Arroyo ‘menyambut’ perayaan Krismas di dalam penjara.

Arroyo yang pernah disenaraikan sebagai salah seorang wanita paling berpengaruh di Asia menafikan bahawa beliau terlibat dalam sebarang salah guna kuasa sepanjang menjadi Presiden.

Beliau ditangkap atas dakwaan melakukan penipuan dalam pilihan raya pada tahun 2007 dan tuduhan tersebut membawa hukuman penjara maksimum sehingga 40 tahun. -AP

Artikel Sebelum

Wartawan Turki Dibicarakan

Artikel Berikut

Artikel Lain