suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahli Parti Suu Kyi Undi Untuk Kembali Berpolitik

YANGON: Ahli senior Parti Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD), parti pimpinan Aung San Suu Kyi pada Jumaat menyokong keputusan untuk kembali ke arena politik Myanmar selepas beberapa tahun diharamkan, kata seorang jurucakap.

Dalam satu mesyuarat yang dihadiri 100 ahli NLD di Yangon itu, delegasi dari setiap kumpulan wilayah bersetuju parti tersebut mendaftar semula sebagai satu badan politik selepas memboikot pilihan raya yang dibuat tahun lepas.

"Semua perwakilan negeri bersetuju. Kami perlu mendengar pendapat dari dua lagi kumpulan iaitu jawatankuasa pemuda dan wanita.

Selepas itu kami akan mengisytiharkannya secara rasmi," kata wakil bahagian informasi NLD, Kyi Toe. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain