Masalah Penuntut Malaysia Di Indonesia Dapat Perhatian BNBBC - Dunia | mStar

Masalah Penuntut Malaysia Di Indonesia Dapat Perhatian BNBBC

JAKARTA: Masalah penuntut Malaysia di Indonesia terutama yang berkaitan biasiswa, pinjaman pelajaran dan insurans kesihatan, mendapat perhatian Majlis Anggota Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Parlimen Malaysia.

Dengan duduk sebaris di kerusi menghadap para penuntut berkenaan pada majlis jamuan malam, sekumpulan anggota BNBBC malam Sabtu begitu tekun mendengar keluhan dan rintihan penuntut dan kemudian berjanji mengambil tindakan susulan.

Timbalan Pengerusi BNBBC Datuk Bung Moktar Radin menganggap perjumpaan malam semalam sebagai amat bermakna kepada majlis itu kerana ia memberi peluang kepada mereka mendapat maklumbalas dan input mengenai beberapa permasalahan yang mungkin tidak dipandang serius selama ini.

"Dengan ada interaksi sebegini, kami BNBBC akan dapat mengangkat masalah ini kepada agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab dan ini akan dapat membantu meringankan permasalahan yang mereka hadapi.

"Kita juga senang hati melihat pelajar-pelajar di sini berada dalam keadaan selamat walaupun ada beberapa isu yang melibatkan pelajar baru-baru ini, tetapi ia tidak menjejaskan harapan dan reputasi mereka untuk terus menimba ilmu pengetahuan tinggi yang diamanahkan kepada mereka," katanya selepas jamuan malam ramah mesra BNBBC dengan penuntut Malaysia di Indonesia di sini malam Sabtu. Sekumpulan anggota BNBBC yang diketuai Bung Moktar kini dalam rangka lawatan empat hari ke ibu kota ini sejak Khamis.

Antara masalah yang akan diambil tindakan lanjut oleh BNBBC ialah berkaitan kurangnya biaya dalam biasiswa untuk penuntut perubatan di universiti swasta di Jakarta khususnya apabila mereka terpaksa menjalani latihan amali di hospital yang jauh dari universiti mereka.

"Mereka tak mempunyai kos dalam biasiswa mereka untuk pergi ke kawasan yang jauh dari universiti mereka.

"Kita akan meminta JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) dan siapa juga yang menaja biasiswa mereka agar memasukkan peruntukan kos sebegini, kalau tidak mereka akan terus berhadapan dengan senario yang tidak baik," katanya.

Bung Moktar berkata perjumpaan malam tadi juga memberi peluang kepada BNBBC memberi penjelasan mengenai dasar dan aspirasi kerajaan melalui perubahan yang sedang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak seperti transformasi ekonomi, politik dan keselamatan.

Perkara itu penting kerana penuntut Malaysia di seberang laut bergantung kepada media elektronik untuk mendapatkan maklumat berkaitan yang biasanya bersifat singkat dan terbatas.

Sementara itu Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia Khairul Hafidz Al-Khair Khairul Amin berterima kasih kepada BNBBC kerana sudi mendengar permasalah yang dihadapi oleh penuntut Malaysia di Indonesia.

Trend baru oleh anggota Parlimen BN duduk di bahagian depan menghadap penuntut dan mendengar secara terbuka permasalahan pelajar serta tawaran mereka untuk membantu mengatasi masalah itu, adalah suatu perkembangan yang baik.

Respond yang mereka berikan adalah sangat positif dan mereka mencatat segala masalah yang diluahkan penuntut terutama masalah biasiswa yang tidak mencukupi dan harapan penuntut agar kerajaan mempertimbang untuk mengkaji semula kadar biasiswa yang diberikan oleh JPA dan Mara.

"Kami berharap pihak BNBBC dapat membawa masalah ini ke pihak yang lebih tinggi sama ada di Parlimen atau Perdana Menteri.

"Kami berharap bahawa isu yang telah lama jadi keluhan pelajar-pelajar di Jakarta terutamanya, dapat diselesaikan dengan secepatnya insyaAllah," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain