suria

Raja Maghribi Lantik Perdana Menteri Baru

RABAT: Raja Maghribi Raja Mohammed VI pada Selasa telah menamakan Ketua Parti Pembangunan dan Keadilan Islam (PJD), Abdelilah Benkirane sebagai perdana menteri yang baru setelah partinya memenangi pilihan raya demokratik yang pertama minggu lalu.

Pelantikan Abdelilah Benkirane, 57, dibuat bagi membolehkan beliau membentuk sebuah kerajaan gabungan yang baru.

Dalam pilihan raya yang selesai Jumaat lalu, PJD telah berjaya memperolehi undi terbanyak berbanding parti-parti yang lain.

Ini adalah pilihan raya bebas yang pertama bagi negara Utara Afrika itu selepas Raja Mohammed memperkenalkan reformasi perlembagaan tahun ini.

PJD telah disahkan memenangi 107 daripada 395 kerusi parlimen yang dipertandingkan.

Walaupun PJD dilihat sebagai sebuah parti Islam tetapi ia telah mengambil pendekatan yang sederhana dan moderat di dalam dasar dan polisinya.

Di bawah perlembagaan baru Maghribi yang diperkenalkan Julai lalu, raja perlu memilih calon perdana menteri daripada parti yang memperolehi mandat terbesar dan tidak lagi sesiapa yang baginda suka sepertimana amalan masa-masa lalu.

Sebelum perlembagaan baru diperkenalkan, tidak ada sebuah pun parti Islam yang dibenarkan untuk bergerak di Maghribi.

Tiga buah parti lagi iaitu Istiqlal yang memerintah sebelum ini kini hanya memenangi 60 kerusi, Barisan Kemerdekaan (52 kerusi) dan Kesatuan Sosialis Popular (39 kerusi) masing-masing telah menyatakan kesediaan untuk berundingan dengan PJD untuk membentuk sebuah kerajaan campuran.

Artikel Berikut

11 Maut Dalam Serangan Bom

Artikel Lain