suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

11 Maut Dalam Serangan Bom

BAGHDAD: Pihak berkuasa Iraq mengesahkan bahawa 11 orang maut dalam serangan bom di luar penjara di sini.

Serangan itu berlaku pada pagi Isnin, dan bom tersebut yang diletakkan di dalam sebuah kereta meletup semasa pekerja dan pengawal keselamatan sedang dalam perjalanan untuk bekerja di Penjara al-Hout.

Serangan tersebut adalah kali ketiga dalam seminggu dan menimbulkan persoalan mengenai kemampuan pasukan keselamatan Iraq menjamin keselamatan selepas pengunduran tentera Amerika Syarikat pada hujung tahun ini.

Pegawai yang mengeluarkan kenyataan tersebut enggan dinamakan kerana mereka tidak diberi kuasa untuk bercakap dengan pihak media. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Lain