suria

Korban Gempa Bumi Di India Mencecah 110 Orang

Mayat mangsa yang terbunuh terpaksa diterbangkan ke Mangan, kira-kira 70 kilometer dari Sikkim menggunakan helikopter tentera ekoran beberapa jalan raya terputus hubungan akibat gempa bumi kuat yang melanda kawasan pergunungan Himalaya di India.

CHUNGTHANG: Beberapa helikopter tentera selamat tiba di kampung terpencil di timur laut India pada Khamis selepas operasi menyelamat ditangguhkan selama empat hari ekoran gempa bumi kuat yang melanda wilayah itu sehingga mengorbankan 110 orang.

Beberapa mangsa menceritakan detik-detik cemas bagaimana kediaman mereka musnah teruk akibat gempa bumi sekuat berukuran 6.9 skala Ritcher pada petang Ahad lalu.

Laluan ke utara Sikkim terputus akibat runtuhan tanah dan bongkah batu dan menyebabkan kerja-kerja menyelamat mangsa yang cedera terpaksa dilakukan menerusi udara.

Di Gangtok, bandar terbesar di Sikkim, beberapa pegawai memberitahu jumlah kematian dijangka meningkat kepada 78 orang pada pagi Khamis.

Sekurang-kurangnya 18 orang maut di India, tujuh di Tibet, enam di Nepal dan seorang di Butan.

Seorang penduduk kampung di wilayah Chungthang, Phulmaya Lepcha, 36, memberitahu anaknya terbunuh ditimpa bongkah batu susulan gempa bumi kuat itu.

"Kebiasaannya saya akan memberi kambing peliharaan makan di bangsal setiap hari. Tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman kuat dan diikuti dengan pergerakan tanah. Saya kehilangan anak dan rumah saya dalam sekelip mata," katanya.

Sementara itu, kira-kira 18 pekerja loji hidroelektrik di Chungthang hilang tempat tinggal akibat tragedi itu.

Lebih 135 buah bangunan dan rumah teres satu tingkat rosak teruk dalam kejadian itu.

"Kami berjaya mengeluarkan 10 mayat dan masih banyak lagi tertimbus dalam runtuhan itu. Ramai mangsa yang cedera diterbangkan ke hospital di Gangtok," kata majistret wilayah Chungthang, Tashi Chopehl.

Beberapa helikopter tentera mula menghantar bantuan makanan kepada penduduk kampung yang terputus hubungan selama seminggu sehingga kemudahan jalan raya dipulihkan semula.

"Kami sedang berusaha untuk memulihkan jalan raya yang mungkin mengambil masa selama dua minggu," kata seorang pegawai tentera yang enggan dikenali.

Bantuan sukar dihulurkan memandangkan beberapa jalan terputus hubungan akibat gempa bumi kuat itu.

"Kami bimbang untuk masuk ke dalam rumah. Ia rosak teruk dan dindingnya retak," kata ibu kepada tiga anak, Sayema Theng.

Jumlah kematian dijangka meningkat dari semasa ke semasa berikutan kemudahan infrastruktur terjejas teruk.

Artikel Lain