suria

YES Bank India, Maybank Jalin Kerjasama Galak Perkhidmatan Rentas Sempadan

NEW DELHI: YES Bank dari India dan bank komersil terbesar dari Malaysia, Maybank Bhd, telah membentuk satu gabungan bagi menggalakkan perkhidmatan penuh perbankan rentas sempadan.

YES Bank yang beribu pejabat di Mumbai telah menandatangani perjanjian dengan Maybank pada Rabu bagi mengembangkan perkhidmatan perbankannya ke rantau Asia Tenggara.

"Gabungan dengan Maybank itu meluaskan lagi komitmen kami terhadap koridor perniagaan India-Asia Tenggara.

"Melalui inisiatif perbankan dan perkhidmatan nasihat kami, kami berharap dapat meneroka peluang perdagangan dan pelaburan rentas sempadan," kata Pengasas, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Yes Bank Dr Rana Kapoor di dalam satu kenyataan.

Usahasama itu dijanga meningkatkan pelaburan perbankan, perbankan korporat, pembiayaan perdagangan dan peluang penghantaran wang bagi pelanggan masing-masing.

"Saya berkeyakinan bahawa perkongsian ini akan memboleh kami meningkatkan perkhidmatan perbankan kami dan memudahkan kerjasama keseluruhan kedua-dua negara melalui campur tangan strategik," katanya.

Sejak penubuhannya pada 2004, YES Bank, bank sektor swasta India yang baharu, telah berkembang secara meluas dengan mewujudkan 264 cawangan di 180 bandaraya di India. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain