suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kaki Intai Ditahan Dua Lelaki

SINGAPURA: Kewaspadaan dan kepantasan dua lelaki menyebabkan tertangkapnya seorang lelaki berusia 43-tahun yang dipercayai terlibat dalam kes menceroboh dan mencabul kehormatan seorang wanita di republik ini.

Pada Rabu, pengadu berada di bilik air wanita di sebuah bangunan terletak di Ayer Rajah Crescent Industrial Estate bila beliau mengesan seorang lelaki berada dalam tandas wanita, sedang mengintai dari bahagian bawah pintu.

Beliau menjerit terhadap suspek yang segera melarikan diri melalui tangga.

Jeritan beliau menarik perhatian dua lelaki lain dikenali sebagai Wong dan Chen, yang sedang bertugas di situ.

Kedua-dua lelaki segera mengejar dan menahan suspek di tingkat bawah bangunan itu. Polis tiba tidak lama kemudian dan menangkap suspek.

Lelaki itu akan didakwa di Mahkamah pada Khamis kerana kesalahan menceroboh dan mencabul kehormatan seorang wanita masing-masing di bawah seksyen 447 dan 509 Kanun Keseksaan, Bab 224.

Seseorang yang sabit kesalahan sedemikian boleh dihukukm penjara hingga tiga bulan, atau denda hingga $1500, atau kedua-duanya sekali. -BERNAMA

Artikel Lain