suria

Konvoi Mungkin Bawa Gaddafi Ke Nigeria

AGADEZ (Nigeria): Satu konvoi besar tentera dari Libya tiba di sebuah bandar dekat utara Nigeria, Agadez pada lewat Isnin, demikian menurut sumber rasmi.

"Kelihatan satu konvoi yang sangat besar bersama puluhan kenderaan memasuki Agadez dari Arlit dan pergi ke arah Niamey," kata sumber tersebut.

Timbul spekulasi bahawa pemimpin Libya yang digulingkan, Muammar Gaddafi atau salah seorang anak lelakinya berada dalam konvoi tersebut.

Seorang wartawan sebuah radio swasta di Agadez berkata dia melihat 'satu konvoi yang disertai puluhan kenderaan melalui kawasan bandar dan bergerak ke arah Niamey" iaitu ibu negara Nigeria.

Satu lagi sumber daripada kerajaan Nigeria sebelum ini berkata bahawa para pegawai kanan rejim Gaddafi telah melalui kawasan sempadan negara itu pada Ahad.

Mereka termasuklah ketua keselamatan dalaman, Mansour Daw bersama sekurang-kurangnya dua orang anak lelaki Gaddafi. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain