suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tujuh Maut Dalam Operasi Tentera Syria

NICOSIA (Syria): Pasukan keselamatan Syria menembak mati sekurang-kurangnya tujuh orang dalam pelancaran satu operasi besar-besaran di tengah bandar Homs, Rabu, kata aktivis hak asasi manusia.

"Pasukan keselamatan melepaskan tembakan semasa pelancaran operasi keselamatan dekat Homs, membunuh tujuh orang dan mencedarakan 20 yang lain," beritahu Syrian Observatory for Human Rights yang berpengkalan di Britain kepada pemberita di sini.

Sebelum itu, Jawatankuasa Penyelerasan Tempatan (LCC) melaporkan seorang ditembak sehingga mati dalam satu operasi di Homs.

LCC yang mengaturkan satu tunjuk perasan anti rejim berkata pasukan keselamatan yang disokong oleh beberapa kereta kebal menyerang pada waktu pagi di Homs dengan kemudahan komunikasi dan perkhidmatan Internet dipotong di kebanyakan kejiranan.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) lebih daripada 2,200 orang terbunuh di Syria apabila tunjuk perasaan pro demokrasi berlaku di seluruh negara ini sejak pertengahan Mac. -AFP

Artikel Lain