suria

Bank Dunia Mahu Guna Kejayaan & Kepakaran Singapura Tingkatkan Sokongan Kepada Negara Membangun

SINGAPURA: Bank Dunia akan menggunakan kepakaran pembangunan Singapura apabila negara pulau itu menjadi Hab Tapak Aktiviti Kewangan Asia dan seterusnya Kumpulan Bank Dunia (WBG)-Singapura.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini, Bank Dunia dan Kementerian Kewangan Singapura berkata langkah itu adalah berasaskan kejayaan pelaksanaan Hab Perbandaran dan Pusat Infrastruktur Kecemerlangan WBG-Singapura, yang merupakan perkongsian strategik bagi penyelesaian bersepadu pembangunan perbandaran dan pembiayaan infrastruktur.

Perjanjian menandakan perkongsian baharu bagi menawarkan penyelesaian pembangunan di seluruh dunia itu telah ditandatangani oleh Presiden Bank Dunia Robert Zoellick dan Timbalan Perdana Menteri Singapura Tharman Shanmugaratnam hari ini.

"Perkongsian ini akan menyandarkan pengalaman Singapura dan spektrum sepenuhnya pengetahuan dan perkhidmatan kewangan Bank Dunia, yang menjadikannya usaha pertama seumpamanya Pejabat WBG di luar Washington," kata Zoellick pada majlis penandatanganan perjanjian Sidang Kemuncak Infrastruktur Bank Dunia-Singapura 2011 di sini, Selasa.

Sidang kemuncak tahunan itu dianjurkan oleh Bank Dunia, Kementerian Kewangan Singapura dan Monetary Authority of Singapore, bersama-sama Financial Times dan World Bank-Asean Infrastructure Finance Network, dengan sokongan agensi bantuan Australia, AusAID. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain