suria

Sonia Gandhi Pulang Ke India Selepas Jalani Pembedahan Di AS

Presiden Parti Congress dan ahli politik berpengaruh India, Sonia Gandhi menunjukkan salam hormat kepada rakyat India di suatu majlis pada 15 April 2011. -Foto AFP

NEW DELHI: Ahli Politik berpengaruh di India, Sonia Gandhi pulang ke rumahnya pada Khamis selepas menjalani pembedahan di Amerika Syarikat (AS) lima minggu lalu disebabkan masalah kesihatan yang tidak diberitahu, kata seorang jurucakap kerajaan.

Gandhi yang merupakan presiden parti pemerintah, Congress dan balu kepada bekas Perdana Menteri, Rajiv Gandhi merupakan individu yang berpengaruh disebalik kepimpinan Perdana Menyeri sekarang, Manmohan Singh yang memegang jawatan itu sejak tahun 2004.

"Sonia Gandhi tiba awal pagi Khamis, dia berada dalam keadaan baik," beritahu jurucakap parti Congress, Janardan Dwivedi tanpa memberi butiran lanjut.

Sumber rasmi parti mengumumkan pada 4 Ogos bahawa Gandhi, 64, telah menjalani pembedahan di AS namun mereka enggan memberikan maklumat mengenai kesihatan beliau atau di hospital manakah beliau dimasukkan.

Gandhi yang dilahirkan di Itali dikatakan sedang menyediakan peluang untuk anak lelakinya, Rahul Gandhi, 41 untuk menjadi perdana menteri pada masa kan datang apabila Singh, 78, berundur. -AFP

Artikel Lain