suria

Ketua Hakim Pakistan Berang Ketua Polis Gagal Kawal Pembunuhan Etnik di Karachi

KARACHI: Ketua Hakim Negara Pakistan pada Jumaat menggesa Ketua Polis Karachi supaya segera bertindak menghentikan keganasan yang telah mengorbankan lebih seribu nyawa di bandar ini sejak sembilan bulan yang lalu.

Keganasan etnik dan politik yang melanda bandar ini adalah merupakan yang terburuk dalam tempoh 16 tahun yang menyaksikan lebih 100 orang terbunuh dalam tempoh seminggu bulan lalu.

Ketua Hakim, Iftikhar Mohammad Chaudhry telah menyatakan kekecewaannya kepada kakitangan mahkamah di atas kegagalan pihak polis mengawal keadaan dan menahan mereka yang bertanggungjawab meletuskan keganasan kaum dan etnik.

Apa yang menjadi masalah besar dalam agensi kepolisan Pakistan ialah, antara 30 hingga 40 peratus pelantikan di dalam jabatan itu melibatkan pengaruh politik.

Pergaduhan etnik yang berlaku di bandar ini sejak awal tahun melibatkan puak Mohajirs, yang bertutur bahasa Urdu dan merupakan kaum majoriti di sini.

Mereka diwakili oleh Pergerakan Muttahida Qaumi (MQM) manakala satu lagi puak pula adalah etnik Pashtun yang berasal dari Utara Pakistan dan mempunyai pertalian darah yang lebih rapat dengan keturunan Afghanistan. Majoriti daripada mereka menganggotai Parti Kebangsaan Awami(ANP).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain