suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jumlah Kematian Letupan Di Delhi Capai 11 Orang

NEW DELHI: Sebuah bom diletakkan dalam beg bimbit yang meletup di sebuah banggunan mahkamah di sini membunuh 11 orang dan mencederakan 76 yang lain pada Rabu dan ia merupakan serangan pengganas yang terburuk berlaku di ibu negara India dalam tempoh hampir tiga tahun.

Sebuah kumpulan yang mempunyai kaintan dengan Al-Qaeda mengaku bertanggungjawab namun sumber rasmi kerajaan mengatakan bahawa ia adlah masih awal untuk menamakan mana-mana pihak sebagai suspek.

"Kami tidak akan tunduk kepada tekanan pengganas," kata Perdana Menteri, Manmohan Singh semasa lawatannya di Bangladesh.

"Ini adalah perang yang panjang di mana semua parti-parti politik dan semua warga India perlu bersatu supaya musuh nombor satu iaitu keganasan, dihancurkan."

Bom tersebut meletup pada pukul 10.14 pagi berdekatan satu barisan yang mempunyai lebih 100 orang yang menunggu di kaunter untuk mendapatkan pas masuk ke mahkamah bagi kes masing-masing.

Identiti mangsa-mangsa masih tidak diperolehi namun tiada hakim yang terbunuh dalam kejadian. -AP

Artikel Lain