suria

Kanak-Kanak Gaza Talasemia Rayu Untuk Hidup

GENTING GAZA: Kanak-kanak Palestin yang menghidapi talasemia menyeru masyarakat antarabangsa dan pertubuhan hak asasi manusia memberikan tekanan kepada Israel untuk menamatkan kepungan yang dikenakan ke atas Gaza sejak 2007.

Kementerian Kesihatan yang beribupejabat di Gaza melaporkan bahawa kira-kira 75 kanak-kanak menghadapi risiko kematian disebabkan kekurangan 25 jenis ubat yang diperlukan untuk pesakit talasemia.

Ia melaporkan juga bahawa kementerian itu kekurangan 23 jenis perubatan.

Seorang pesakit talasemia perempuan Wala Mosleh, 11, merayu kepada masyarakat antarabangsa untuk menamatkan krisis perubatan. Dia telah menghidapi talasemia selama tujuh tahun dan terpaksa ke hospital dua kali seminggu untuk mendapatkan darah secukupnya kerana kehilangan darah. Kita minta hak kita untuk rawatan," kata budak perempuan itu kepada Bernama.

Sesetengah kanak-kanak talasemia itu mengadakan persidangan akhbar dengan para pegawai dari Kementerian Kesihatan untuk mendapatkan perhatian mengenai keadaan kesihatan mereka yang bertambah buruk.

Kanak-kanak memegang sepanduk dengan perkataan dalam bahasa Arab: "Anda pening kepala kerana anda berpuasa di bulan Ramadan. Saya pening kepala yang kronik."

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun Salah Al-Khaldi, seorang lagi pesakit talasemia berkata keadaannya bertambah buruk sementara krisis perubatan sedang berlaku.

"Kepungan tidak adil. Di mana pertubuhan hak asasi manusia? Bukankah ini satu jenayah kerana membiarkan kita menghadapi kematian?" soal Salah.

Ashraf Al-Kedra, seorang pegawai di Kementerian Kesihatan mengumumkan bahawa beribu-ribu pesakit Gaza diancam kematian pada bila-bila masa sahaja.

Menyimpan ubat-ubatan untuk kes kecemasan, Al-Kedra berkata kementerian itu terpaksa mengurangkan bilangan pembedahan. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain