suria

Mubarak Muncul Di Mahkamah Guna Pengusung

KAHERAH: Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak muncul di mahkamah buat pertama kalinya untuk pembukaan perbicaraannya sambil diiringi oleh dua orang anak lelakinya yang turut didakwa atas tuduhan membunuh dan menyalahgunakan kuasa.

Tetapi yang lebih mengejutkan ialah kemunculan Hosni di atas pengusung di pekarangan mahkamah.

Hosni Mubarak, kelihatan pucat dengan memakai baju putih dan boleh dilihat bercakap dengan kedua-dua orang anaknya, Alaa dan Gamal.

Bekas Menteri Dalam Negeri, Habib al-Adly bersama enam orang timbalannya turut dihadapkan di mahkamah yang sama untuk berhadapan dengan dakwaan bersubahat membunuh serta menyalahgunakan kuasa.

Kesemua mereka kelihatan tenang apabila Hakim Mahkamah Jenayah, Ahmed Refaat membacakan pertuduhan ke atas mereka.

Ini adalah kemunculan pertama Hosni Mubarak di khalayak ramai sejak dia digulingkan 11 Februari lalu.

Perbicaraan tersebut disiarkan secara langsung melalui rangkaian televisyen Mesir.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain