suria

HSBC Cadang Ambil 15,000 Pekerja Untuk Pasaran Membangun Selepas Buang 30,000 Kakitangan Seluruh Dunia

HONG KONG: Hong Kong & Shanghai Banking Corporation (HSBC) akan merekrut 15,000 orang pekerja di kawasan yang mempunyai potensi untuk membangun dan berkembang pada tahun 2014 walaupun baru mengumumkan semalam bahawa ia bercadang untuk memecat 30,000 pekerja di seluruh dunia pada tahun 2013.

Di kawasan pertumbuhan baru itu, HSBC akan merekrut sekurang-kurangnya tiga hingga lima ribu pekerja baru setiap tahun. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pekerja baru yang akan diambil oleh HSBC dalam tempoh tiga tahun akan datang ialah sekitar 15,000 orang.

Daripada 30,000 pekerja yang akan dibuang menjelang 2013, sekitar 5,000 pekerja akan dibuang di Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Amerika Latin dan Timur Tengah.

Asia menyumbang kepada 59 peratus daripada keuntungan pra-cukai kumpulan perbankan itu untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain