suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Gempa Landa Jepun, Tiada Ancaman Tsunami

TOKYO: Gempa bumi sekuat 6.1 skala Richter menggegarkan timur Jepun pada Selasa, kata Agensi Meteorologi Jepun.

Gegaran gempa tersebut yang berlaku pada jam 11.58 malam (10.58 malam waktu Malaysia), turut dirasai di Tokyo.

Satu lagi gegaran sederhana berukuran 5.9 skala Richter dikesan ahli geologi Amerika Syarikat, berlaku di pulau Honsu, sebelum tengah malam semalam.

Gegaran kedua itu berlaku di kawasan seluas 22 kilometer di 34 kilometer selatan Shizuoka, terletak kira-kira 162 kilometer di selatan Tokyo.

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan dan tiada kecederaan dan kerosakan dilaporkan ekoran kedua-dua gempa tersebut. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain