suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lebih 4 Juta Didaftarkan Sebagai Penganggur Di Sepanyol

MADRID: Jumlah penduduk Sepanyol yang didaftarkan sebagai penganggur telah berkurang tetapi masih kekal di paras lebih 4 juta orang, demikian menurut kenyataan Kementerian Sumber Manusia.

Kerajaan Sosialis yang memerintah Sepanyol berhadapan dengan laluan yang sukar untuk mempertahankan pemerintahan mereka menjelang pilihan raya umum yang akan berlangsung empat bulan dari sekarang.

Ketua Setiausaha Kementerian berkenaan, Mari Luz Rodriguez berkata, selama empat bulan berturut-turut situasi pengangguran di Sepanyol telah berjaya diturunkan yang memperlihatkan 250,000 orang berjaya memperolehi pekerjaan.

Perdana Menteri, Jose Luis Rodriguez Zapatero baru-baru telah pun mengumumkan tarikh pilihan raya umum pada 20 November akan datang iaitu empat bulan lebih awal daripada tempoh yang sepatutnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain