suria

Pelik Tapi Benar: 4 Bekas Askar Dihukum Penjara 6,000 Tahun

GUATEMALA CITY: Ia kelihatan agak janggal tetapi sebuah mahkamah di sini telah menjatuhkan hukuman penjara 6,060 tahun ke atas empat bekas pengawai tentera kerana didapati bersalah membunuh lebih 200 orang awam pada tahun 1982 ketika negara itu sedang berhadapan dengan perang saudara.

"Mahkamah ini secara sebulat suara mendapati, semua tertuduh telah melakukan pembunuhan tanpa sebab. Untuk jenayah yang mereka lakukan ini mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun untuk setiap pembunuhan yang mereka lakukan yang mana setiap seorang akan dipenjara 6,030 tahun seorang," kata penghakiman bertulis yang dikeluarkan Selasa.

Mahkamah juga memutuskan untuk menjatuhkan hukuman tambahan sebanyak 30 tahun lagi penjara ke atas mereka kerana melakukan jenayah di luar batas kemanusiaan.

Insiden pembunuhan itu berlaku selama tiga hari pada bulan Disember 1982.

Menurut saksi, ramai mangsa termasuk wanita yang sarat mengandung, kanak-kanak dan orang tua telah dibunuh tanpa belas kasihan oleh keempat-empat tertuduh.

Mahkamah menyifatkan pembunuhan tersebut seumpama memadam terus dari muka bumi sebuah kampung bernama Dos Erres.

Mereka yang didapati bersalah itu dikenali sebagai Antonio Carlos Carias, Manuel Pop, Reyes Collin dan Daniel Martinez.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain