suria

Parlimen Thai Tentukan Calon PM Jumaat Ini

BANGKOK: Anggota-anggota Parlimen Thai akan menentukan siapakah calon perdana menteri mereka dalam pengundian Jumaat ini.

Adik kepada bekas perdana menteri yang kini dalam pelarian - Thaksin Shinawatra, Yingluck dijangka akan mendapat pencalonan daripada partinya, Puea Thai dan sekutu-sekutu kecil yang lain untuk membentuk kerajaan pusat yang baru sekaligus mencatat sejarah sebagai wanita Thai yang pertama menyandang jawatan perdana menteri.

Parti pimpinan Yingluck dengan sokongan empat parti kecil yang lain memenangi majoriti yang cukup untuk membentuk kerajaan pada pilihan raya umum 3 Julai lalu.

Selepas pencalonannya sebagai perdana menteri mendapat kelulusan dewan, Yingluck perlu menunggu pengesahan daripada Raja Thailand sebelum secara rasmi mengangkat sumpah dan menjalankan tugas sebagai perdana menteri ke-28 negara itu.

Beliau akan mengantikan pemimpin Parti Demokrat Thai, Abhisit Vejjajiva yang telah memerintah selama empat tahun dan berhadapan dengan pelbagai tentangan serta masalah tetapi dapat terus mengekalkan kuasa dengan sokongan tentera.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain