suria

19 Pelombong Mati, 18 Lagi Masih Hilang Dalam Tragedi Lombong Di Ukraine

LUGANSK (Ukraine): Sembilan belas pelombong dilaporkan terbunuh manakala 18 lagi masih hilang pada Jumaat dalam dua kejadian letupan dan runtuhan di lombong arang batu di Wilayah Lugansk dan Wilayah Donetsk di timur Ukraine.

Kedua-dua kejadian itu adalah yang terburuk di negara tersebut selepas kejadian pada tahun 2007 yang mengorbankan lebih 100 orang pelombong.

Presiden Ukraine, Viktor Yanukovych membatalkan percutiannya dan dijangka menuju terus ke lombong berkenaan.

Lombong tersebut adalah milik swasta dan dikendalikan oleh syarikat milik Rinat Akhmetov, yang dikenali sebagai manusia terkaya di Ukraine.

Presiden Yanukovych juga turut membatalkan jadual untuk menghadiri perlumbaan Formula 1 Power Boat Grand Prix berdekataan Kiev.

Sekurang-kurangnya 16 orang pelombong dilaporkan terbunuh serta merta selepas letupan berlaku di Lombong Arang Batu Sukhodolskaya-Vostochnaya.

Dalam satu lagi kejadian yang berasingan, di sebuah lombong arang batu Bazhanova milik kerajaan, berhampiran bandar Makiyivka di Wilayah Donetsk, dua orang dilaporkan terbunuh, kata Gabenor wilayah itu, Andriy Shishatsky.

Artikel Sebelum

Artikel Lain