suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angka Korban Banjir Korea Selatan Meningkat

SEOUL: Angka korban dalam kejadian tanah runtuh yang berpunca daripada hujan lebat meningkat kepada 19 orang pada Rabu dengan sepuluh daripadanya, merupakan pelajar sebuah kolej tempatan.

Kesemua pelajar yang terkorban itu merupakan sukarelawan dan terkorban dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku pada awal pagi dekat Chuncheon, 110 kilometer dari utara Seoul, demikian menurut anggota bomba.

Turut terkorban dalam kejadian tersebut adalah sepasang suami isteri dan seorang pemilik kedai serbaneka.

Lebih kurang 500 anggota penyelamat dan orang awam berusaha menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam banjir lumpur dan serpihan banggunan.

Seramai 24 orang mengalami kecederaan dengan seorang dilaporkan masih hilang dan beberapa banggunan di kawasan yang terjejas mengalami kemusnahan.

Banjir lumpur bergerak laju lalu memenuhi jalan-jalan di bandar Seoul pada Rabu dan orang ramai dilihat memanjat ke atas bumbung untuk menyelamatkan diri. -AP

Artikel Berikut

Artikel Lain