suria

Negara Eropah Tingkat Kawalan Keselamatan

PARIS: Negara-negara Eropah mula mempertimbangkan untuk meningkatkan kawalan senjata api dan pemantauan terhadap aktiviti kumpulan pelampau selain mengenakan sekatan penjualan bahan letupan ekoran insiden pembunuhan berkembar di Norway.

Beberapa kerajaan di Eropah juga telah mempertimbangkan undang-undang baru dalam langkah berjaga-jaga menghadapi ancaman pelampau namun beberapa langkah yang dirancang telah dibatalkan.

Desakan untuk pihak berkuasa untuk memperketatkan kawalan semakin meningkat dan negara-negara jiran Norway adalah antara yang terawal bertindak sedemikian selepas kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu.

Menurut statistik yang disiarkan akhbar Svenska Dagbladet, jumlah pemilikan senjata di negara Scandinavia masih tinggi dengan nisbah 45 senjata api dalam setiap 100 orang di Finland, 32 senjata api di Sweden dan 31 senjata api di Norway.

Polis Eropah (Europol) meminta negara-negara Eropah membentuk dan mengemaskini profil berkaitan aktiviti para pelampau berhaluan kanan di benua tersebut bagi mengelakkan serangan sama berulang. -AFP

Artikel Lain