suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kekacauan Etnik Di Karachi Ragut 16 Lagi Nyawa

KARACHI: Sekurang-kurangnya 16 orang lagi dilaporkan terbunuh dalam tempoh 24 jam yang lalu di sekitar bandar raya ini akibat perbalahan etnik dan kumpulan sektarian.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa perbalahan antara etnik di sini meningkat kepada 27 orang sejak Jumaat lalu, kata Ketua Polis Karachi, Saud Mirza kepada agensi berita AFP.

Minggu lalu, pihak berkuasa telah mengerahkan beratus anggota paramilitari ke sekitar bandar ini bagi mengawal keadaan. Malangnya ia masih tidak meredakan perbalahan yang membawa kepada kemusnahan dan kebencian yang berpanjangan.

Pada asasnya, perbalahan yang berlaku itu adalah di antara puak yang berbahasa Urdu yang sememangnya berasal dari wilayah ini dengan kumpulan etnik Pashtun yang berasal dari utara negara itu dan lebih berkait rapat dengan keturunan Afghanistan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain