suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tanah Runtuh Di Korea Selatan Korban Sembilan Nyawa

SEOUL: Seramai sembilan orang terkorban manakala dua orang lagi masih hilang dalam kejadian tanah runtuh yang disebabkan hujan lebat turun tanpa henti berlaku di kawasan pergunungan pada Rabu.

Menurut pasukan penyelamat, kejadian yang berlaku selepas tengah malam di Chuncheon, 100 kilometer dari sini meranapkan sebuah rumah penginapan dan tiga buah rumah penduduk.

Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan berkata seramai 20 orang tercedera dengan empat orang daripadanya cedera parah.

Lebih daripada 500 orang anggota bomba dan polis telah dihantar ke kawasan kejadian untuk mempercepatkan usaha menyelamat.

Hujan lebat juga berlaku di Seoul dan kawasan sekitar wilayah Gyeonggi pada Selasa dan Rabu dengan 400 kejadian banjir dilaporkan di sini. -AFP

Artikel Lain