suria

Helikopter NATO Terhempas Dibedil Taliban

KABUL: Sebuah helikopter milik Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang terlibat dalam satu operasi menyelamat terhempas ekoran diserang kumpulan Taliban di timur Afghanistan pada Isnin.

Bantuan Keselamatan Antarabangsa(ISAF) berkata kru dan penumpang mengalami cedera ringan dalam kejadian itu.

Menurut polis, serangan itu dilakukan selepas tengah malam dan helikopter diserang dengan menggunakan roket.

Kumpulan Taliban mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut dengan menyatakan dua orang anggota kumpulan itu terbunuh.

Kumpulan itu juga mendakwa mereka membunuh seramai 20 orang anggota tentera bersekutu dalam serangan tersebut. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain