suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rusia Mungkin Kehilangan 30% Kawasan permafrost Menjelang 2050

MOSCOW: Rusia yang memiliki kawasan permafrost terbesar di dunia mungkin akan kehilangan sepertiga kawasan itu menjelang 2050 kerana pemanasan global.

"Dalam tempoh antara 25 hingga 30 tahun lagi, sepertiga daripada kawasan permafrost Rusia akan hilang," kata Ketua Jabatan Pengawasan Malapetaka, Kementerian Alam Sekitar, Andrei Bolov kepada agensi berita RIA Novosti, Jumaat.

Katanya lagi, suhu kawasan Barat Siberia yang kaya dengan hasil mineral akan meningkat sehingga dua darjah celsius yang akan menyebabkan suhu umum kawasan itu nanti hanya berada tiga atau empat darjah celsius di bawah paras beku.

Permafrost adalah istilah yang digunakan untuk mengambarkan tanah yang membeku sepanjang masa.

Kawasan permafrost kini menutupi 63 peratus daripada keseluruhan wilayah Rusia.

Artikel Sebelum

Artikel Lain