suria

Apple Catat Keuntungan Luar Biasa Kerana iPad dan iPhone

SAN FRANCISCO: Syarikat pengeluar barangan komputer, Apple merekodkan keuntungan yang paling tingginya melalui catatan suku kedua tahun ini disebabkan pertambahan yang melebihi dua kali ganda dalam penjualan iPad dan Iphone.

Syarikat itu berkata ia mencatat keuntungan bersih yang meningkat sebanyak lebih dua kali ganda kepada RM21.93 bilion dalam keuntungan luar biasanya yang berjumlah RM85.72 bilion berakhir pada 25 Jun.

"Kami teruja untuk memberitahu catatan suku terbaik kami, dengan pendapatan yang naik sehingga 82 peratus dan keuntungan yang naik sehingga 125 peratus," kata Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Steve Jobs.

Syarikat yang berpangkalan di California tersebut melaporkan ia berjaya menjual telefon bimbit iPhone sebanyak 20.34 juta unit dan 9.2 juta unit komputer tablet, iPad dalam suku kedua yang menunjukkan peningkatan sebanyak 142 peratus bagi iPhone dan 183 peratus bagi iPad berbanding suku yang sama tahun lalu.

Jualan komputer Macintosh meningkat sebanyak 14 peratus kepada 3.95 juta unit manakala jualan iPod menurun sebanyak 20 peratus kepada 7.54 juta unit.

"Kami sangat gembira dengan pencapaian kami," kata Ketua Pegawai Kewangan Apple, Peter Oppenheimer.

Apple menjual setiap unit iPad 2 yang dihasilkannya sepanjang suku pertama dan sedang berusaha meningkatkan pengeluaran komputer tablet itu.

Menurut Cook, cawangan Apple di China, Taiwan dan Hong Kong mencatat hasil RM11.4 bilion, enam kali lebih tinggi berbanding suku yang sama tahun lalu dan menjadikan ia sebagai sebab utama syarikat itu mencatatkan keuntungan luar biasa.

Jualan iPhone yang menggalakkan dalam tempoh masa tersebut disebabkan oleh permintaan yang tinggi di negara besar dan membangun seperti China, Amerika Latin dan Timur Tengah

Apple melaporkan bahawa ia telah menjual lebih daripada 222 juta gajet yang menggunakan sistem operasi mudah alih ciptaannya.

Dalam satu temubual, Oppenheimer mengatakan satu "peralihan produk" bakal dilancarkan Apple pada penghujung tahun ini namun dia enggan memberi maklumat lanjut. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain