suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jurucakap Taliban Nafi Pemimpinnya Meninggal Dunia

KABUL (Afghanistan): Jurucakap Taliban menafikan dakwaan dalam laporan berita yang mengatakan ketua kumpulannya, Mullah Omar telah meninggal dunia.

Zabiullah Mujahid memberitahu pemberita pada Rabu bahawa satu mesej melalui khidmat pesanan ringkas yang dihantar kepada wartawan adalah mesej palsu yang dibuat selepas talian telefonnya digodam.

Khabar angin yang mengatakan Mullah Omar meninggal dunia tersebar apabila satu mesej yang dikatakan dihantar oleh Zabiullah mengumumkan Mullah telah meningal dunia.

Seorang lagi jurucakap Taliban, Qari Yousef Ahmadi juga menafikan dakwaan palsu tersebut. -AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain