suria

Singapura Semak Semula Secara Menaik Unjuran Inflasi

SINGAPURA: Inflasi utama Singapura diunjurkan antara 4.0 dan 5.0 peratus tetapi unjuran inflasi teras oleh Lembaga Monetari Singapura (MAS) kekal tidak berubah.

Pengarah Urusan MAS Ravi Menon berkata inflasi utama kemungkinan memuncak dua bulan lepas.

Katanya inflasi telah menurun daripada 5.5 peratus pada Januari kepada 4.5 peratus pada tempoh April-Mei tetapi ia dijangka meningkat semula di atas 5.0 peratus untuk tempoh beberapa bulan akan datang sebelum menurun semula ke arah akhir tahun.

"Dengan itu, bagi keseluruhan 2011, kami menyemak semula unjuran inflasi Indeks Harga Pengguna (IHP) kepada antara 4.0 dan 5.0 peratus, yang meningkat dari antara 3.0 dan 4.0 peratus," katanya.

Berbanding dengan inflasi utama, inflasi teras dicatatkan lebih rendah kepada 2.2 peratus pada tempoh April-Mei.

Inflasi utama adalah ukuran keseluruhan inflasi di dalam ekonomi dan menerima kesan dari bidang pasaran yang kemungkinan mengalami peningkatan inflasi seperti makanan dan tenaga, dana, yang kemungkinan tidak memberi gambaran sebenar keadaan semasa ekonomi, yang berbeza dengan inflasi teras, yang mengecualikan faktor seperti kos makanan dan tenaga. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain