suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempa Bumi Kuat Gegarkan Wilayah Uzbek, 13 Terbunuh

TASHKENT, Uzbekistan: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 pada skala Richter menggegarkan wilayah ini mengorbankan sekurang-kurangnya 13 orang dan hampir 100 yang lain cedera, menurut jurucakap kerajaan.

Gempa bumi berkenaan melanda pada pukul 1.35 pagi (waktu tempatan) dengan pusat gempa tidak jauh dari Kyrgyzstan kira-kirat 42 kilometer barat daya Fergana, bandar Uzbek menurut Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat.

"Kesannya sebahagian bangunan lama di wilayah Fergana musnah," kata jurucakap kementerian kecemasan Uzbek dalam satu kenyataan.

Katanya, berdasarkan maklumat, 13 penduduk maut ekoran kemusnahan rumah-rumah mereka.

"Perkhidmatan kecemasan membekalkan bantuan perubatan kepada 86 mangsa sementara 35 lagi dikejarkan ke horpital berdekatan. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain