suria

Amerika Janji Sokong India Lindungi Serangan Pengganas

NEW DELHI: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Rodham Clinton berjanji memberi sokongan penuh terhadap usaha India melindungi negara itu daripada serangan pengganas.

Sokongan itu disuarakan pada Selasa, selepas kurang seminggu serangan bom tiga berangkai yang meragut 19 nyawa di bandar kewangan, Mumbai.

Dalam usaha memerangi keganasan, India bimbang terhadap musuh bersenjatakan nuklear, Pakistan dan rancangan pengeluaran AS untuk Afghanistan yang dijangka menjadi topik utama perbincangan antara Hillary dan pegawai India.

Ketika mesyuarat dengan Menteri Luar India itu bermula, Clinton berkata: "Kami adalah sekutu dalam memerangi aktiviti keganasan pihak pelampau. keselamatan dalam negeri adalah keutamaan kami dan ia menunjukkan peningkatan aspek kerjasama antara kedua negara.” - AP

Artikel Lain