suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chaves Terima Rawatan Kanser Di Cuba

HAVANA: Presiden Venezuela, Hugo Chavez pada Ahad memulakan rawatan kanser beliau untuk tahap kedua di Cuba selepas tiba di negara kepulauan ini pada Malam Sabtu.

Chavez menerima dua pembedahan di Cuba pada Jun untuk membuang bengkak di pelvis dan ketumbuhan barahnya, demikian lapor agensi berita Xinhua.

Cuti yang diambil Chavez untuk mendapatkan rawatan diluluskan oleh parlimen Venezuela dan sebahagian tugasnya telah diberikan kepada Timbalan Presiden, Elias Jaua dan Menteri Kewangan dan Perancangan, Jorge Giordani.

Menurut pembentukan undang-undang Venezuela, Parlimen boleh menyerahkan tugas memimpin kepada Timbalan Presiden untuk tempoh sementara jika Presiden tidak bertugas kurang dari 90 hari.

Cuti Chaves juga boleh dilanjutkan selama 90 hari lagi -BERNAMA

Artikel Lain