suria

Jeneral Baru Tentera AS Di Afghanistan Ambil Alih Tugas

KABUL (Afghanistan): Jeneral David Petraeus menyerahkan tugasnya mengetuai angkatan tentera Amerika Syarikat (AS) dan tentera pakatan di Afghanistan kepada Jeneral John Allen pada Isnin.

Penyerahan itu dilakukan selepas AS membuat rancangan mengeluarkan tentera dan tentera sekutu antarabangsanya dari Afghanistan selepas hampir 10 tahun menakluki negara ini.

Petraeus mengundur diri selepas setahun bertugas mengepalai lebih 140,000 tentera antarabangsa di Afghanistan dan beliau merupakan salah pembentuk pelan menentang keganasan di Afghanistan.

Namun situasi keselamatan di Afghanistan masih tidak jelas dengan banyak serangan dilakukan militan walaupun strategi yang dirancang telah dijalankan dan angkatan tentera antarabangsa mendakwa seranganserangan tersebut tidak lagi berleluasa.

Petraeus akan berpencen dalam angkatan tentera untuk memegang jawatan Pengarah Agensi Perisik Pusat (CIA).

Allen yang secara rasminya mengambil alih tugas tersebut mengatakan pengunduran tentera AS yang bermula awal Julai dan pemindahan kuasa beberapa kawasan kepada kepimpinan Afghanistan itu tidak bermaksud tentera antarabangsa pimpinan As melonggarkan kempen memerangi keganasan kumpulan-kumpulan militan.

"Ia menjadi tugas saya untuk mengekalkan momentum kempen memerangi keganasan ini," kata Allen. -AP

Artikel Lain