suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

K'jaan Arab Saudi Mohon Maaf Secara Rasmi Kepada Indonesia Berhubung Kes Hukuman Pancung Pembantu Rumah

JAKARTA: Kerajaan Arab Saudi telah memohon maaf secara rasmi kepada Indonesia di atas kegagalan mereka untuk memaklumkan terlebih dahulu akan keputusan untuk melaksanakan hukuman pancung ke atas seorang warga Indonesia yang didapati bersalah membunuh majikannya.

Di Arab Saudi, hukuman bunuh dilaksanakan dengan cara memenggal kepala.

Permohonan maaf itu dibuat dalam pertemuan empat mata antara Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa dengan Duta Besar Arab Saudi ke Indonesia, Abdurrahman bin Mohammed Al-Khayyat, demikian menurut seorang jurucakap Kementerian Luar pada Rabu.

"Bagi pihak kerajaan Arab Saudi, Duta Besar mereka telah menyampaikan permohonan maaf kerajaan di atas apa yang berlaku dan memberi aku janji bahawa ia tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang," kata jurucakap Kementerian Luar, Michael Tene.

Tene berkata, Natalegawa turut menyerahkan surat protes rasmi Kerajaan Indonesia kepada Duta Besar itu untuk disampaikan kepada Menteri Luar Arab Saudi.

Indonesia pada Isnin telah memanggil pulang Duta Besarnya ke Arab Saudi sebagai protes di atas keputusan negara tersebut melaksanakan hukuman pancung ke atas warganya.

Pembantu rumah, Ruyati Binti Sapubi, 54, telah menjalani hukuman pancung Sabtu lalu selepas dia didapati bersalah membunuh majikannya Khairiya binti Hamid Mijlid.

Dia melakukan jenayah itu selepas berang permintaannya untuk pulang ke negara asalnya ditolak oleh majikannya itu.

Lebih kurang 70 peratus daripada 1.2 juta pekerja Indonesia di Arab Saudi adalah pembantu rumah.

Artikel Lain