suria

Presiden Medvedev Arahkan Perkhidmatan Pesawat Tupolev DiTamatkan

MOSCOW: Presiden Rusia, Dmitry Medvedev pada Khamis mengarahkan supaya perkhidmatan pesawat Tupolev-134 ditamatkan selepas kemalangan terbaru mengorbankan 45 orang penumpang.

"Saya telah mengarahkan Kementerian Pengangkutan supaya menyediakan pelan untuk menamatkan perkhidmatan pesawat Tu-134 daripada semua jenis operasi mulai tahun depan," kata Medvedev, dua hari selepas pesawat dari jenis yang sama terhempas di atas sebuah lebuh raya di Barat Daya Rusia dalam keadaan kabus tebal.

Pesawat Tu-134 dilancarkan pada tahun 1966 dan telah ditamatkan pengeluarannya pada tahun 1984.

Dari sejumlah 852 buah pesawat jenis itu yang dikeluarkan, 72 pesawat sama ada terhempas atau mengalami kemalangan.

Artikel Lain