suria

Galliano Dibicarakan Atas Tuduhan Anti Yahudi

Pereka fesyen mewah dari Britain, John Galliano dibicarakan pada Rabu di atas dakwaan menghina Yahudi.
Pereka fesyen mewah dari Britain, John Galliano dibicarakan pada Rabu di atas dakwaan menghina Yahudi.
Pereka fesyen mewah dari Britain, John Galliano dibicarakan pada Rabu di atas dakwaan menghina Yahudi.

PARIS: Pereka fesyen terkenal, John Galliano dibicarakan pada Rabu di atas dakwaan mengeluarkan kata kesat berunsur anti Yahudi di sebuah bar dekat Paris yang didakwanya dilakukan kerana di bawah pengaruh alkohol dan dadah.

Pereka berusia 50 tahun itu boleh dikenakan hukuman penjara selama enam bulan dan denda sebanyak RM97,000 jika sabit kesalahan.

Galliano ditahan pada 24 Februari dalam keadaan mabuk selepas satu pasangan membuat laporan polis dengan mendakwa dia membuat cacian berunsur anti Yahudi terhadap mereka di kafe La Perle dekat daerah Marais.

Seorang wanita lain kemudian muncul mengatakan dia juga diperlakukan sedemikian pada Oktober lalu dan sebuah rakaman video yang menunjukan Galliano mencerca seseorang dalam bar yang sama sambil mengatakan "Aku sukakan Hitler."

Pereka dari Britain itu mengeluarkan permohonan maaf di atas kelakuannya namun menegaskan ia bukanlah tindakan anti Semitik.

Dia telah menfailkan saman balas ke atas pasangan dlam kes pertama dengan dakwaan cuba membuat fitnah.

Sebuah video yang disiarkan akhbar British, Sun menunjukan Galliano dalam keadaan mabuk mencaci satu pasangan yang lain dalam bar sama dan video itu menyebabkan dia dilucutkan jawatannya dari rumah fesyen Dior.

Seramai lima orang dijangkakan memberi keterangan dalam perbicaraan itu termasuk dua wanita yang duduk di sebelah Galliano pada waktu kejadian yang mengatakan mereka tidak mendengar celaan anti semitik dari Galliano. -AFP

Artikel Lain