44 Terbunuh Pesawat Terhempas Di Lebuhraya Rusia - Dunia | mStar

44 Terbunuh Pesawat Terhempas Di Lebuhraya Rusia

Serpihan pesawat Tu-134 milik RusAir yang terhempas di sebuah lebuhraya di Petrozavodsk.
Serpihan pesawat Tu-134 milik RusAir yang terhempas di sebuah lebuhraya di Petrozavodsk.

ST. PETERSBURG (Rusia): Sebuah pesawat penumpang milik Rusia terhempas di sebuah lebuhraya di barat laut negara itu pada lewat Isnin menyebabkan 44 orang terbunuh manakala lapan orang dilaporkan terselamat setakat ini.

Pesawat Tu-134 itu adalah milik syarikat penerbangan RusAir yang sedang dalam perjalanan dari Moscow ke bandar Petrozavodsk.

Pesawat itu dilaporkan membawa 52 orang penumpang termasuk sembilan orang anak kapal.

Pesawat malang itu dikatakan terhempas dalam percubaan terakhirnya untuk mendarat di Petrozavodsk namun tersasar sejauh dua kilometer dari landasan mendarat.

Adalah masih tidak diketahui sama ada pesawat itu sememangnya cuba mendarat di sebuah lebuhraya ataupun terhempas di situ.

Berita Interfax memetik Pengarah Lapangan Terbang, Alexei Kuzmitsky sebagai berkata, keadaan cuaca yang agak buruk mungkin menjadi punca berlakunya kemalangan itu.

Agensi-agensi berita Rusia juga melaporkan mungkin terdapatnya masalah mengenai pencahayaan di landasan kapal terbang berkenaan.

Menurut agensi berita, kotak hitam pesawat tersebut telahpun dijumpai.

Menurut Pertubuhan Pengangkutan Udara Antarabangsa, Rusia dan beberapa republik bekas jajahan Soviet mempunyai rekod keselamatan trafik antara yang terburuk di dunia dan ia dikatakan berpunca daripada pengawalan yang lemah oleh kerajaan, latihan juruterbang yang tidak mencukupi dan mentaliti para pemilik syarikat penerbangan untuk menjimatkan kos. -AP

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain