suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wartawan Rusia Mati Ditikam

MOSCOW: Seorang wartawan rangkaian televisyen Rusia mati dibunuh dengan kesan tikaman, demikian menurut penyiasat pada Rabu.

Badan Anatoly Bitkov,37 yang merupakan ketua editor syarikat televisyen Kolyma Pluys yang berpangkalan di utara Rusia dijumpai mati di rumahnya dekat bandar Magadan pada awal Rabu.

Bitkov berkemungkinan mati akibat beberapa tikaman di leher dan badannya, kata penyiasat dalam satu keterangan.

Mereka memberitahu, pembunuhan wartawan itu mungkin tidak berkaitan dengan aktiviti kerjayanya namun polis akan memeriksa sebarang kemungkinan motif dalam kes itu.

Wartawan-wartwan di Rusia terutamanya yang bekerja dekat wilayah utara sering menjadi sasaran serangan yang mempunyai pelbagai motif. -AFP

Artikel Lain