suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Polis Mati Ditembak Di Mesir

EL-ARISH (Mesir): Pegawai keselamatan berkata, penyerang yang tidak dapat dikenalpasti melepaskan tembakan yang membunuh dua orang anggota polis dan mencederakan dua yang lain apabila beberapa anggota polis membuat rondaan di utara Sinai, Rabu.

Menurut mereka, kejadian berlaku pada awal pagi apabila penyerang itu melepaskan tembakan ke arah dua kereta peronda, di sini.

Bagaimanapun nama pegawai keselamatan yang memberi maklumat tidak dapat disiarkan kerana masih tidak dibenarkan menghubungi media.

Keadaan di utara Sinai sejak beberapa bulan lalu dikatakan tidak selamat dengan kaum Badwi didakwa terlibat dengan perdagangan manusia ke Israel dan terlibat menentang polis.

Usaha kerajaan mengawal kawasan tersebut menemui jalan buntu kerana kaum Badwi melawan kerajaan dengan menggunakan senjata api. -AP

Artikel Lain