suria

Gerila Puak Maoist India Disyaki Dalang Disebalik Pembunuhan 9 Anggota Polis

Anggota-anggota Maoist
Anggota-anggota Maoist
Anggota-anggota Maoist

RAIPUR (India): Gerila Maoist India yang pro-komunis telah dilaporkan sebagai suspek yang telah menembak mati sembilan orang anggota polis dalam serangan hendap di satu kawasan pedalaman dekat timur negeri Orissa, demikian menurut pihak polis pada Selasa.

"Sembilan anggota polis telah dibunuh manakala seorang lagi hilang selepas pertempuran bersenjata berlaku dengan pihak Maoist pada petang Selasa," beritahu Ketua Polis Negeri Chhattisgarh, Vishwa Rajah kepada pemberita.

Chhattisgarh adalah negeri yang bersempadan dengan Orissa.

Kesemua 10 anggota polis itu adalah daripada Raipur, ibu negeri Chhattisgarh dan telah bertugas di dalam operasi anti Maoist di sempadan Orissa.

Kejadian berlaku di daerah Nuapada dalam Orissa, 175 kilometer dari Raipur.

Dalam pada itu, Ketua Polis Raipur, Mukesh Gupta memberitahu bahawa pihak polis telah menutup kawasan itu untuk menjejaki anggota polis yang hilang dan mencari suspek Maoist yang melancarkan serangan tersebut.

Beliau berkata, mangsa-mangsa telah diserang hendap ketika mereka dalam perjalanan pulang ke ibu pejabat menaiki traktor selepas kenderaan polis yang mereka naiki rosak di kawasan belukar.

Pergerakan Maoist yang bermula pada tahun 1967 memperjuangkan hak kawasan tanah, menentang apa yang mereka dakwa penyalahgunaan kuasa polis dan merupakan pergerakan yang terkuat di kawasan miskin tetapi kaya dengan hasil semulajadi itu.

Perdana Menteri, Manmohan Singh menyifatkan serangan tersebut sebagai satu ancaman keselamatan dalam negara dan memerintah kerajaan negeri yang terjejas oleh rejim Maoist meningkatkan langkah keselamatan bagi menangani parti berhaluan kiri tersebut.

Tahun lalu sahaja sejumlah 171 gerila berhaluan kiri Maoist telah terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan India.

Pada masa yang sama, sejumlah 713 orang awam turut terkorban di wilayah yang bergolak dengan ancaman gerila Maoist.

Jumlah anggota keselamatan yang terkorban bertempur dengan puak Maoist juga adalah tinggi iaitu seramai 285 anggota sepanjang tahun lalu sahaja.-AFP

Artikel Lain