suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lukisan China Dilelong USD65 Juta

BEIJING: Sebuah lukisan oleh pelukis China, Qi Bishi telah dijual pada harga sebanyak 425.5 juta Yuan (USD65.5 juta).

Lukisan selebar tiga kaki dan berketinggian 8.5 kaki itu mencatatkan rekod baru bagi lukisan kontemporari dari China yang paling mahal berjaya dijual.

Hasil seni yang dihasilkan pada tahun 1946 itu memaparkan seekor burung helang yang bertenggek diatas dahan pokok pain dan di kelilingi dua skrol tulisan kaligrafi.

Qi yang meninggal dunia pada tahun 1957 merupakan salah seorang pelukis China yang paling berpengaruh pada abad ke-20 dan hasil karyanya diminati sejak akhir-akhir ini.

Identiti pembeli lukisan tersebut dirahsiakan oleh institusi lelongan, China Guardian.

Lukisan tersebut menjadi hasil seni kedua termahal yang dijual dalam lelongan di China selepas satu lukisan oleh pelukis kaligrafi dari abad ke-11, Huang Tingjian dijual pada harga 436.8 juta yuan pada tahun 2009. -AFP

Artikel Lain