Kapal MV Finch Masih Tersadai, Bekalan Air Semakin Kurang - Dunia | mStar

Kapal MV Finch Masih Tersadai, Bekalan Air Semakin Kurang

EL-ARISH: Sudah seminggu MV Finch tersadai di luar Pelabuhan El-Arish di Mesir, dan Isnin merupakan hari penentu sama ada kapal kargo yang membawa bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza itu dibenar menghampiri pelabuhan serta memunggahkan muatannya.

Wartawan Bernama, Faizal Hassan dalam nota SMS yang dihantar ke ibu pejabat agensi berita itu di Kuala Lumpur berkata keadaan semakin genting apabila pihak berkuasa pelabuhan gagal menghantar bantuan perubatan serta bekalan air bersih.

"Bekalan air bersih akan kehabisan pada bila-bila masa," katanya.

Faizal berkata keputusan sama ada MV Finch dibenar berlabuh atau tidak bergantung kepada hasil pertemuan Menteri Luar Malaysia dan rakan sejawatannya dari Mesir di Jakarta.

Beliau berkata kesemua 12 anak kapal serta penumpang MV Finch berharap pertemuan empat mata kedua-dua menteri akan menghasilkan "berita baik" bagi membolehkan paip PVC yang ingin disumbangkan kepada penduduk Gaza itu dapat dipunggah.

Katanya, beberapa lori turut tersadai di pelabuhan itu sejak Jumaat kerana menunggu kapal berlabuh untuk memindahkan barangan kargo.

Faizal berkata jika rundingan kedua-dua menteri gagal mencapai kata putus, maka tidak ada apa yang mampu dilakukan oleh pihak berkuasa pelabuhan, ejen kapal, Perdana Global Peace Forum (PGPF) atau wakil kedutaan.

Sementara itu, ketua misi kemanusiaan tersebut, Matthias Chang berkata pada kebiasaannya, dalam mana-mana perbincangan di peringkat 'kerajaan dengan kerajaan', situasi menang-menang akan dicapai.

"Jika gagal, pihak NGO (badan bukan kerajaan), ejen, PGPF dan pihak lain akan masuk campur bagi memberi tekanan untuk mendapat satu keputusan," katanya.

Beliau juga berkata jika tidak ada kata putus di peringkat tertinggi, misi itu akan berdepan beberapa kemungkinan, antaranya individu di dalam kapal itu dihantar pulang ke negara masing-masing manakala barangan kargo akan diserahkan kepada pihak lain seperti bulan sabit merah untuk disampaikan kepada penduduk Gaza.

Matthias masih lagi meneruskan mogok lapar yang masuk hari ketiga setakat pukul 5 petang Ahad (waktu tempatan) sebagai membantah kelewatan proses mendapat kebenaran berlabuh, walaupun kapal kargo itu telah seminggu berada di luar pelabuhan.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain

Nasharudin Mat Isa akan didakwa Selasa