suria

Pemberontak Filipina Lepaskan Seorang Tahanan

MANILA: Pihak berkuasa Filipina memuji tindakan puak pemisah Islam di Selatan negara itu kerana membantu memastikan pembebasan seorang wanita yang diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata.

Jurucakap tentera, Kolonel Prudencio Asto berkata, pihak tentera menyelamatkan mangsa pada Selasa selepas dia dibiarkan oleh kumpulan yang membawanya ke satu kawasan yang dikuasi puak pemisah Islam terbesar, Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Wanita itu diculik di wilayah Maguindanao pada minggu lepas.

Asto tidak dapat memastikan sama ada wang tebusan telah dibayar atau tidak.

Beliau memberitahu kumpulan lelaki bersenjata itu merupakan ahli-ahli kumpulan penculik.

Sindiket jenayah termasuklah pemberontakan sangat berleluasa di wilayah selatan Filipina.

Kumpulan pemberontak Islam telah berjuang berdekad lamanya untuk membentuk kerajaan sendiri dan pada awal tahun ini telah meneruskan rundingan damai dengan kerajaan Filipina. -AP

Artikel Lain